Rabu, 9 Mac 2016

Tips Penjagaan Kulit Semasa Cuaca Panas


Ambil Langkah Awal Elak Masalah Lebih Teruk



Cuaca panas ekstrim sedang melanda negara kita, Malaysia. Dijangkakan cuaca panas ini akan berterusan sehingga awal Jun 2016. Oleh itu sangat penting untuk kita sentiasa menjaga kesihatan dan kecantikan kulit wajah. Jom Shaezy share sedikit tips untuk menjaga kulit kita! Semoga ilmu yang sedikit ini bermanfaat kepada semua.




Banyakkan minum air
Minum air kosong yang secukupnya agar tidak dehidrasi. Jika badan kita kurang air, maka kulit akan menjadi kering. Oleh itu, anda perlu minum air sekurang-kurangnya tiga (3) liter air kosong sehari bagi menampung kandungan air yang hilang setiap hari.

                 

Elak keluar waktu tengah hari
Elakkan keluar rumah / pejabat pada waktu 11am hingga 1pm kerana di dalam waktu itu matahari sangat terik dan akan menyerap kebanyakan kandungan nutrien serta vitamin dalam kulit kita. Cuaca panas boleh menjadi punca kulit kusam, panau, kulit kemerah-merahan dan ruam kulit. 



Produk skincare
Ramai orang tersalah anggap bahawa kulit kita akan menjadi lebih berminyak ketika cuaca panas. Sebenarnya kulit kita menjadi kering kerana suhu yang tinggi. Oleh itu anda disarankan menggunakan pelembab, pembersih wajah, pelindung SPF serta kandungan yang sesuai dan dapat menghidrasi sekaligus menjaga kesihatan kulit.



Cuci wajah
Kerap cuci wajah anda untuk mengelakkan kulit anda kering. Jika anda tidak menggunakan sebarang solekan, anda perlu mencuci wajah anda dua kali sehari. Bagi mereka yang menggunakan solekan pula, campurkan foundation bersama moisturizer / serum bagi kekalkan kelembapan di wajah. 



Jaga diet permakanan
Kurangkan pengambilan makanan berunsurkan pedas, berminyak dan berkafein. Sebaliknya perbanyakkan makanan yang berunsurkan vitamin C dan E. Ini kerana, sumber makanan ini mampu memberikan kelembapan pada kulit. Antaranya ialah, apple, tomato, strawberry, dan lain-lain.


Sekian sahaja tips ringkas penjagaan kulit semasa cuaca panas. Semoga ilmu ini mampu membantu anda mengambil langkah awal agar kulit anda tidak mengalami masalah di hari mendatang.

Sila SHARE post ini untuk sebarkan kebaikkan kepada semua orang. Ini juga dikira "Hadiah".


Ok.. Bye-bye sayang semua.. Sayangi diri, hiasi peribadi.


Assalamualaikum..


-Shaezy-


Follow Shaezy di Fanpage untuk dapatkan lebih tips-tips berguna mengenai kesihatan kulit wajah..




Like Fanpage saya (klik link) => Shaezy Diamond Gold Skincare







Tiada ulasan:

Catat Ulasan