Cara Mencuci Muka Dengan Betul
Jom Shaezy share cara-cara mencuci muka dengan betul.
Semoga ilmu yang sedikit ini bermanfaat kepada semua..
1) Pastikan Tangan Anda Bersih
Sebelum nak cuci muka, sila pastikan anda telah membasuh tangan terlebih dahulu. Tangan yang kotor membawa jutaan kuman & bakteria halus. Kita memang tak nampak kuman yang melekat di tangan dan di kuku. Sila ambil berat perkara ini sebelum anda memegang kulit muka anda. Jadi sila basuh tangan sebelum menanggalkan solekan dan mencuci muka anda.
2) Ikat Rambut Sebelum Mencuci Muka
Pastikan rambut disisir rapi agar tidak melekat pada wajah anda terutamanya ketika mencuci muka. Bakteria / rambut berminyak boleh melekat pada wajah anda dan meningkatkan risiko pembiakan bakteria dan tumbuhnya jerawat.
3) Pastikan Suhu Air Sesuai
Air yang terlalu panas boleh menyebabkan kulit kita kering. Air yang terlalu sejuk pula menyebabkan pembuluh darah kita beku. Jadi suhu yang mana baik untuk kita guna mencuci muka? Pastikan air tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk. Just nice sahaja..
4) Pencuci Muka Yang Sesuai
Jika kulit anda adalah kulit sensitif, jangan guna produk pencuci muka yang ada pewangi seperti perfume tu. Kerana produk yang ada bahan pewangi akan menyebabkan reaksi alergi dan menyebabkan kulit menjadi berwarna merah. Sebaik-baiknya pilih pencuci muka berbau buah-buahan sahaja. Contoh: Facial Soap Diamond Gold Skincare. Bahan daripada extract buah-buahan. Sesuai untuk semua jenis kulit.
5) Elak Gosok Terlalu Kuat
Yang ini kesalahan biasa. Semua kena ingat ya? Belai kulit muka anda sebaik mungkin. JANGAN gosok macam nak tanggalkan kesan kotoran pada baju. Guna teknik urutan yang betul. Urut-urut lembut sahaja. Lagi satu kalau cuci muka jangan gatal nak guna 10 jari dan tapak tangan pula, Cukup guna 2-3 jari sahaja.
6) Gunakan Tuala Bersih
Mandi dan mencuci muka menggunakan tuala yang sama? Kekotoran yang ada pada tuala mandi anda boleh melekat pada muka anda. Sebaik-baiknya sediakan tuala khas untuk anda mencuci muka anda, Tuala kecil pun ok.
7) Elak Terlalu Kerap Mencuci Muka
Sayangilah kulit muka anda. Perliharalah kelembapan kulit muka anda, JANGAN terlalu kerap mencuci muka kita, terutamanya kulit sensitif dan berminyak. Elakkan mengosok terlalu kuat supaya sel kulit kita tidak tercedera dan merasa pedih. Cukup sekadar mencuci muka 2 kali sehari.
Sekian sahaja perkongsian Shaezy hari ini. Semoga tips yang dikongsikan dapat memberi manfaat kepada semua pembaca.
ANDA SUKA INFO INI?? SILA SHARE UNTUK KEBAIKKAN SEMUA.
ILMU SEMAKIN BERMANFAAT JIKA KITA BERKONGSI.
INI JUGA DIKIRA HADIAH.
Jika anda ada sebarang masalah kulit wajah dan memerlukan bantuan khidmat nasihat, bolehlah whatsapp Shaezy di
WHATSAPP ONLY: 016-348927
DIAMOND GOLD SKINCARE
GLOWING . FLAWLESS . WHITENING
Tiada ulasan:
Catat Ulasan